AYAT YANG MEMPUNYAI KATA BANYAK MAKNA

Pengenalan Kepada Kata Banyak Makna

  1. Kata banyak makna ialah perkataan yang mempunyai lebih daripada satu makna. Dalam soalan peperiksaan, perkataan ini mempunyai garisan di bawahnya.
  2. Bagi menentukan penggunaan kata bergaris dalam ayat soalan itu betul atau salah, anda boleh meringkaskan ayat soalan itu kepada bentuk rangkai kata atau ayat mudah.
  3. Tentukan rangkai kata atau ayat mudah yang mempunyai perkataan bergaris itu benar-benar anda yakin salah atau betul penggunaannya dari segi tatabahasa.
Contoh Soalan 1

  1. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

    I. Air yang sudah ditapis itu bersih dan cerah.
    II. Kulit Faizal lebih cerah daripada abangnya.
    III. Cermin jendela itu menjadi cerah setelah dicuci.
    IV. Cuaca pada hari ini cerah dari pagi hingga ke petang.

    A. I, dan IV sahaja
    B. II dan III sahaja
    C. I, II dan III sahaja
    D. II, III dan IV sahaja

  2. Ayat soalan di atas boleh diringkaskan menjadi rangkai kata atau ayat mudah berikut:

    I. Air cerah.
    II. Kulit Faizal cerah.
    III. Cermin menjadi cerah.
    IV. Cuaca cerah.

  3. Kenalpastikan pilihan I betul atau salah.

    Air cerah - salah
    Air jernih - sepatutnya
  4. Rujuk kepada pilhan jawapan. Pilihan jawapan yang mengandungi I adalah salah.

    A. I, dan IV sahaja
    B. II dan III sahaja
    C. I, II dan III sahaja
    D. II, III dan IV sahaja
  5. Kenalpastikan pilihan IV betul atau salah. Pilihan II dan III sah betul kerana pilihan jawapan B dan D ada II dan III.

    a) Jika pilihan IV salah, maka jawapannya B.
    b) Jika pilihan IV betul, maka jawapannya D.

    Cuaca cerah - Betul kerana cuaca cerah bermaksud cuaca terang.
  6. Oleh itu, pilihan jawapan D adalah yang paling tepat.
Contoh Soalan 2
  1. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

    I. Polis berjaya mencungkil rahsia daripada pemuda itu.
    II. Aktiviti mencungkil bijih timah sudah semakin berkurangan.
    III. Kakak sedang mencungkil batu-batu kecil yang terlekat pada tapak seliparnya.
    IV. Pertandingan hoki itu akan diadakan pada minggu hadapan untuk mencungkil bakat.

    A. I dan III sahaja
    B. II dan IV sahaja
    C. I, III dan IV sahaja
    D. II, III dan IV sahaja

  2. Ayat soalan di atas boleh diringkaskan menjadi rangkai kata atau ayat mudah berikut:

    I. mencungkil rahsia.
    II. Aktiviti mencungkil bijih timah.
    III. mencungkil batu-batu kecil.
    IV. mencungkil bakat.

  3. Kenalpastikan pilihan I betul atau salah.

    mencungkil rahsia - betul kerana mencungkil bermaksud mengeluarkan atau melepaskan.
  4. Rujuk kepada pilhan jawapan. Pilihan jawapan yang mengandungi I adalah betul.

    A. I dan III sahaja
    B. II dan IV sahaja
    C. I, III dan IV sahaja
    D. II, III dan IV sahaja
  5. Kenalpastikan pilihan IV betul atau salah. Pilihan III sah betul kerana pilihan jawapan A dan C ada pilihan III.

    a) Jika pilihan IV salah, maka jawapannya A.
    b) Jika pilihan IV betul, maka jawapannya C.

    mencungkil bakat - Betul kerana mencungkil bakat bermaksud mengeluarkan bakat.
  6. Oleh itu, pilihan jawapan C adalah yang paling tepat.
Tips
  1. Utamakan rangkai kata atau ayat mudah yang anda benar-benar yakin salah atau betul.
  2. Mana-mana rangkai kata atau ayat mudah yang anda ragu-ragu (sama ada betul atau salah) abaikan dahulu untuk diselesaikan pada peringkat akhir.
  3. Kadang-kala anda mungkin memperoleh jawapannya dengan lebih cepat jika nasib baik berpihak kepada anda.

0 comments:

Post a Comment